Sunday, September 26, 2010

tamaki suoh



  • Tamaki Suou (須王 環, Suou Tamaki) Seiyuu: Mamoru Miyano
Watak utama lelaki siri ini dan seorang pelajar Akademi Ouran di Tahun 2 (Tingkatan 5). Merupakan pelajar yang membina dan mengumpul ahli-ahli untuk Kelab Hos semasa di Tingkatan 3. Tamaki seorang yang amat kelakar selain daripada seorang yang peramah dan bermurah hati. Perasaannya senang disakiti atau tersentuh oleh perkara-perkara dan perkataan yang diucap oleh orang lain. Tamaki mempunyai darah Perancis selain dari Jepun. Dalam kelab hos, Tamaki mempunyai banyak gelaran. Antaranya ialah "ayah", "raja", "tono" yang bermaksud tuanku, dan Tama-chan. Tamaki ialah Pengerusi kepada Kelab Hos Ouran. Tamaki merupakan anak tunggal keluarga Suou.
Biografi
  • Nama lain: René Tamaki Richard Grantaine (nama Perancis)
  • Harijadi: 8hb April
  • Umur: 17 tahun
  • Bangsa: Jepun-Perancis
  • Ketinggian: 183cm (6'0")
  • Kumpulan darah: A
  • Subjek kegemaran: Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, dan Sejarah Dunia (juga meminati Sejarah Jepun)
  • Jenis hos: Putera (Prince)
  • Keputusan dalam Peperiksaan Pertengahan: Tahun ke-2 (Tingkatan 5) - Tempat ke-2
  • Warna bunga ros: Putih











No comments:

Post a Comment