Sunday, September 26, 2010

Mitsukuni Haninozuka

  • Mitsukuni Haninozuka (埴之塚 光邦, Haninozuka Mitsukuni) Seiyuu: Ayaka Saito
Mitsukuni atau gelarannya, Honey, seorang budak lelaki tercomel dan pendek dalam Kelab Hos dan amat menyukai makanan manis. Honey suka memeluk orang dan sangat baik hati orangnya. Walaubagaimanapun, adalah tidak baik untuk merendahkan kecomelannya kerana Honey merupakan juara Karate dan Judo. Seperti Kyouya, Honey diberi gelaran 'Raksasa Tekanan Darah Rendah' dan akan bangun dalam keadaan angin buruk. Tamaki menjelaskan bahawa Honey amat menakutkan apabila berada dalam keadaan yang tidak baik atau marah. Honey mempunyai seorang adik bernama Yasuchika (diberi gelaran Chika).
Biografi
  • Nama gelaran: Honey, Raksasa Tekanan Darah Rendah
  • Harjadi: 29hb Februari
  • Umur: 17 tahun
  • Ketinggian: 148cm (4'10")
  • Kumpulan darah: AB
  • Subjek kegemaran: Matematik
  • Jenis hos: Loli-shota
  • Keputusan dalam Peperiksaan Pertengahan: Tahun ke-3 (Tingkatan 6) - Tempat pertama
  • Warna bunga ros: Merah jambu

No comments:

Post a Comment