Sunday, September 26, 2010

Kyouya Ootori

 
  •   Kyouya Ootori (鳳 鏡夜, Ootori Kyouya) Seiyuu: Masaya Matsukake
Kyouya merupakan rakan karib kepada Tamaki dan juga Naib Pengerusi untuk Kelab Hos Ouran. Seperti Tamaki, Kyouya ialah pelajar Tahun 2 (Tingkatan 5). Kyouya juga seorang yang amat pintar diantara semua pelajar-pelajar Akademi Ouran. Dia digelar 'Raja Bayangan' oleh ahli yang lain kerana sikapnya yang 'dingin' dan 'tamakkan' duit. Dalam posisinya sebagai Naib Pengerusi, Kyouya digelar 'ibu'. Kyouya juga mempunyai tekanan darah rendah dan selalu bangun dengan angin yang tidak baik, lalu diberi gelaran "Raja Syaitan Tekanan Darah Rendah". Kyouya merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik. 3 orang abang Kyouya semuanya lepasan sekolah dan sedang berkerja.
Biografi
  • Nama gelaran: Raja Bayangan, Ibu, Kyou-chan, Raja Syaitan Tekanan Darah Rendah
  • Harijadi: 22hb November
  • Umur: 17 tahun
  • Ketinggian: 180cm (5'11")
  • Kumpulan darah: AB
  • Subjek kegemaran: Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman, Fizik
  • Jenis hos: Cool
  • Keputusan dalam Peperiksaan Pertengahan: Tahun ke-2 (Tingkatan 5) - Tempat pertama
  • Warna bunga ros: Ungu

No comments:

Post a Comment