Sunday, September 26, 2010

Ouran High School Host Club


 Ouran High School Host Club (Kelab Hos Sekolah Tinggi Ouran) merupakan manga yang diilhamkan oleh Bisco Hatori. Sejak 5 Ogos 2003, manga ini telah disiarkan secara bersiri dalam Majalah LaLa yang diterbitkan oleh Hakusensha.
Ia mengesahkan seorang pelajar bijak Haruhi Fujioka yang mendapat biasiswa untuk belajar di Sekolah Menengah Ouran. Bagaimanapun Haruhi secara tidak sengaja terlibat dalam Kelab Hos di sekolah tersebut kerana disangkakan sebagai seorang lelaki.

Akademi Swasta Ouran

Sekolah tinggi ini merupakan sekolah teramat kaya di Jepun. Pelajarnya di situ juga merupakan pelajar yang terdiri daripada keluarga beradab. Sekolah ini mempunyai sebuah kelab yang dipanggil Kelab Hos. Kelab Hos ini dibina untuk pelajar-pelajar perempuan yang mempunyai masalah atau kesunyian. Para ahli Kelab Hos ini akan melayan gadis-gadis mengikut keperluan gadis-gadis tersebut.

Kelab Hos
Pelajar bernama Tamaki Suou terfikir membina kelab hos semasa dia berada di menengah rendah. Para pelanggan mempunyai kebebasan untuk memilih mana-mana ahli hos dari kelab tersebut untuk melayan mereka mengikut keperluan. Bilik Muzik yang ke-3 telah digunakan oleh kelab tersebut dan merekakan pelbagai jenis tema, dari suasana tropikal ke piknik yang biasa.

No comments:

Post a Comment